Wednesday, August 27, 2008

Kenapa terlalu emosi

kenapa terlalu EMOSI anak-anak muda sekarang ni?PKR!

Kalau kita bercakap tentang politik Malaysia ,setiap orang ada caranya sendiri.Yang peliknya kenapa anak-anak muda yang berumur yang muda 18 hingga 26 tahun ini,terlalu emosi apabila bangkit cerita dan sejarah Anwar Ibrahim/PKR.Sedangkan mereka tidak tahu pasal politik dan isu semasa di dalam atau pun diluar.Yang lebih-lebih lagi yang suka ikut-ikut kawan.Anwar kata Umno banyak rasuah ,Dia pun kata umno banyak rasuah.Sedangkan mereka tak nampak pun Rasuah tu,Kalau ada tolong buktikan bagi tahu BPR.Itu satu persoalan.Ada satu kes lagi kalau bapak mereka ni PartiPAS atau PKR,dah sah-sah maki umno bagai nak rak sampai anak-anak ikut sama.... Ini salah satu faktor anak-anak muda terpesong dari landasan pemuda negara dan mereka ini lupa dengan sejarah negara,mereka lupa, kita ini pernah ditindas oleh kuasa besar satu ketika dulu.Sebab tu mereka ni tidak kenal dengan sejarah negara sendiri dan tidak hormat kepada pemimpin-pemimpin negara.Cuba Kita imbas zaman Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman menentang kuasa besar pada masa tu.Cuba kita bayangkan betapa beratnya beban mereka pada masa tu demi anak-anak bangsa.Tapi saya tidak kisah kalau mereka ni orang-orang media,Ahli perniagaan,keturuan politik dan berpelajaran yang setaraf.Kerana mereka boleh berfikiran secara matang bila bercakap dan membuat keputusan.Ada yang berpendapat Anwar membela rakyat dan pandai dalam Ekonomi dan juga pandai Cakap.Tapi bagi pendapat saya,saya tidak nafikan Anwar memang pandai sikit dalam ekonomi,tapi Anwar tidak sebijak Tun Dr Mahatdir itu yang lebih penting.Tapi bagi saya kalau Anwar mengajar anak-anak muda jadi bangsa jalanan untuk ber REFORMASI untuk disuarakan. saya tidak setuju sama sekali kerana Reformasi bukannya jalan penyelesaian untuk rakyat dan Negara. Dan kita bukan seperti Negara-negara luar yang sanggup bertarung nyawa.Kita Negara Merdeka.Bangsa yang berdaulat dengan Prinsip Rukun Negara.

Tuesday, August 26, 2008

Hikayat Hang Tuah

"Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.

Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah.

Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggeris.


Kenapa cerita Hikayat hang Tuah ni dipertelingkahan,sedangkan cerita ini sudah berabad-abad kita tahui.

Monday, August 25, 2008

Janganlah kita menjadi bangsa jalanan

BUNYINYA memang keji lagi hina. Bangsa jalanan ialah bangsa yang merempat, bersimpang siur dan tidak terurus, yang pepat di luar rencong di dalam di kalangan masyarakatnya. Bukan menghina atau menafikan peranan dan hak ahli-ahli politik untuk menggunakan segala macam cara untuk mendapatkan perhatian; tetapi hanya ingin menyedarkan bahawa demonstrasi atau menunjuk perasaan secara tidak sah adalah demokrasi jalanan.

Perhimpunan atau demonstrasi adalah pakej yang didatangkan bersama dengan sistem demokrasi ala Barat yang dipaksakan ke atas negara-negara lain termasuklah Malaysia. Jika tidak mendapat persetujuan pemerintah atau pihak penjaga keamanan negara, ia digelar perhimpunan haram yang tidak diberikan permit berhimpun. Walaupun sejarah demonstrasi bermula daripada perjuangan orang Melayu menuntut pembatalan Malayan Union pada 1946 di Tanah Melayu, saya berpendapat budaya ini bukanlah budaya pemakaian demokrasi yang baik untuk demokrasi mahupun menghormati sistem raja berperlembagaan yang mementingkan undian majoriti.

Memang tidak adil mengaitkan pakej yang dibenarkan dalam demokrasi dengan pemikiran, tetapi tindak tanduk pelaku atau peserta demonstrasi kadangkala sukar diramal. Dalam keadaan tanpa permit atau izin, pelaku akan bertindak dengan emosi. Keadaan baik boleh menjadi luar kawalan, keadaan yang awalnya betul dan lancar kadangkala ‘bak mencurah api’ pada sekam mengakibatkan kejadian luar jangka mengundang. Di Singapura, demonstrasi ini memang dihalang sehingga dikatakan mencemuh pakej demokrasi tersebut. Tetapi apakan daya, banyak penakatan penting di sebalik pengharaman ini membuahkan kesan yang baik. Lebih banyak baiknya diharamkan demonstrasi haram daripada dibenarkan.

Kita dapat menyorot kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia pada 1998 akibat demonstrasi jalanan yang dianjurkan pejuang reformasi. Demokrasi jalanan tersebut telah mematikan sistem demokrasinya dengan cara yang paling keji - pemimpin dijatuhkan dengan ’suara jalanan’ tanpa ideologi dan kepimpinan pelapis. Akibatnya, Indonesia sehingga kini ‘meratapi’ krisis tersebut.

Apakah dengan ideologi Barat itu dianggap semuanya baik? Apakah pakej demokrasi itu boleh menjamin keluhuran sistem demokrasi yang diamalkan. Memang bukan semuanya berpuas hati dengan segala benda yang dilakukan oleh pemerintah. Tetapi demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Pemikiran ini harus dipancung daripada fikiran kita terutamanya bagi yang mementingkan jati diri dan sopan santun adat Timur. Kita tidak perlu terkinja-kinja untuk didengarkan idea politik kita. Tetapi bahaslah semasa kempen, dalam ruang lingkup politik kita. Banyak saluran yang ada untuk meluahkan pandangan kita, Parlimen sehinggalah ke forum terbuka.

Demonstrasi tidak menyelesaikan semua benda, bahkan bakal mengundang pelbagai implikasi. Bagi yang berkepentingan semuanya akan menyatakan demonstrasi haram adalah jalan terakhir yang perlu diambil untuk menyedarkan pihak yang ditentang. Terfikirkah kita khalayak yang menyertai demonstrasi? Sebungkus nasi menjanjikan segala-galanya? Sekali atau sekerap mungkin demonstrasi itu bakal mengubah senario semasa? Jika begitu demonstrasi bakal meranapkan segala cita warganegara yang inginkan keamanan.

Ramai yang akan berkata pemikiran penulis adalah pesimis. Tetapi sedar atau tidak demonstrasi haram tidak mengundang kebaikan langsung melainkan cita-cita politik pihak tertentu yang memperalatkan bangsanya demi cita-citanya yang tersendiri. Khalayak yang menyertainya pula diperalatkan. Setelah berjaya cita-citanya, apa yang akan diganjarkan kepada penyokong atau juak-juaknya? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah janji retorik yang mana mungkin dilaksanakan dalam masa yang sesingkat seperti sebelum demonstrasi.

Janganlah sokongan jalanan menjadi budaya kita. Akan rosaklah sistem kita sejak 51 tahun dahulu. Janganlah bangsa kita menaikkan pemimpin melalui jalanan bak orang tak bertamadun. Janganlah memaksa rakyat terhibur dengan aksi-aksi sarkas. Tidak maju pun dengan berdemonstrasi bahkan menunjukkan kelemahan berfikir serta tindak tanduk yang meluru atau membuta tuli dengan memaksa ideologi anda ke atas orang lain. Kami berhak menentukan apa yang kami cita dengan kertas undi, bukannya pemikiran sempit dan sokongan sorak di jalan.

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.



Keterangan diatas ialah sejarah pejuang bangsa yang telah tertulis dibuku sejarah Malaysia .Persoalannya Apakah Tindakan Umno & Barisan Nasional selepas Pakatan Rakyat menyuasai 4negeri .Adakah mereka ini Lupa dengan pejuangan nenek moyang mereka,yang merdekakan kita,bebaskan kita dari dari kuasa besar.

Kerajaan melayu lama

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.

Persoalan di sini, Adakah anak-anak muda terutamanya anak-anak org MELAYU yang kenal kerajaan Melayu Lama?